Brek Kehidupan



Bismillahirahmanirahim...


Dialog ni dipetik oleh kawan saya ketika bersua dengan Tok Guru Nik Aziz




Soalan: Ada orang kata taqwa itu ada dalam hati. Tidak perlu ditunjuk?

Tok Guru: Yalah, sungguhpun taqwa itu letaknya dalam hati dan hati itu berada di dalam, tidak nampak; tetapi kesan ataupun tinggalan kerja-kerja taqwa itu tetap masih boleh dilihat,dirasa dan dikesan kehadirannya. Sekiranya tak nampak, bahkan kesan-kesan yang dialami masyarakat adalah sebaliknya, jenayah sampai boleh meningkat 45% misalnya; maka taqwa itu tidak sudah duduk di hati. Tidak dipentingkan akan 'ada' ataupun 'tiadanya'. Kita asyik cuba membaiki manusia dengan mengetatkan undang-undang, beli dan pasang CCTV, perbesarkan pasukan polis menjadi 60 000 kekuatan, bina lebih banyak balai polis, perbanyakkan penjara dan pusat serenti, macam-macam lagilah; sedangkan hati manusia itu tidak disediakan 'brek', maka macam mana kita nak 'stop' segala pertbuatan fasya' dan mungkar?

Soalan: maksud Tok Guru?

Tok Guru: maksud saya, TAQWA. 'brek' itu adalah TAQWA. Apa yang saya nak sampaikan adalah kepentingan TAQWA. Mencari jawapan di luar daripada itu, maka jawapannya; tidak jumpa jalanlah. Berjalan dengan tiada 'brek'. Maka sesorang itu akan 'sesat' dan 'berlanggar' . Kita kena ingat benda 'sesat' ini bukan hanya di tengah hutan. Dalam bandar dan di tengah siang pun orang boleh 'sesat'.

Soalan: Boleh Tok guru kaitkan antara TAQWA dengan Syurga dan Neraka?

Tok Guru: Begini, anak kunci pintu syurga itu ialah TAQWA. Dalam pengertian lain, jika saya boleh umpamakan TAQWA itu sebagi roh ataupun perasaan takut ataupun lebih tepat, BERINGAT dengan kehadiran Allah yang sentiasa maha memerhatikan kita dalam segenap keadaan tidur mahupun jaga. Perasaan dan kesedaran inilah yang mampu menghantar seseorang kepada syurga berkat segala amal ikhlasnya. Soal syurga dan neraka ini bukan projek orang itu orang ini ataupun kerajaan itu kerajaan ini. Sekiranya kedua-duanya ini adalah projek kerajaan, memanglah tiada masalah untuk dipinda ataupun dibatalkan. Tapi, ini adalah projek Allah SWT. Inilah hakikatnya. Mahu tidak mahu kita kena tunduk kepadanya. Tunduk inilah TAQWA. TAQWA jenis ini sahajalah yang akan membawa sesiapa jua ke syurga. Inilah hubungan antara TAQWA dengan Syurga dan Neraka.

Soalan: Maksud Tok Guru, hanya dengan TAQWA sahaja sesorang itu boleh ditentukan sama ada mulia ataupun hina?

Tok Guru: Ya, ya. Mesti begitu. jika tidak, saya cukup-cukup takut orang yang diberi gelaran di dunia umpamanya dengan pangkat Yang Amat Berhormat tahu-tahu di akhirat kelak, gelaran itu menjadi terbalik. Daripada al-Aziz menjadi yang Amat Hina, daripada Yang Amat Setia menjadi Yang Amat Derhaka. Daripada Yang Amat Arif menjadi Yang Amat Bodoh lagi buta mata hati. Daripada Yang Amat Berbahagia menjadi Yang Amat Berdukacita.



Moga sifat TAQWA tersemat di hati!




even kita sudah menutupi aurat dan berpakai seperti muslimah tuntutan syariah jgn lupa


utk mengamalkan baris akhir ayat ni

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup



auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.


Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan 


mereka selalu ingat.(Qs 7:26)...

even kita publish gmbr di fb bertutup aurat..memakai purdah tp tuntutan baris ayat



terakhir ini adalah suatu perINGATan buat muslimah yg cover aurat...

Comments